Assalamualaikum...
Kalau nak berjaya kena kawan dengan orang yang berjaya...
Kalau nak kaya kena kawan dengan orang yang kaya...
Kalau nak gagal..kawanlah dengan orang yang malas...
Pernah dengar kan ayat-ayat nie?
So, adakah uols ikut peraturan nie?
EA memang laparkan kejayaan dan kekayaan.. tapi apa yang EA perati, orang2 di sekeliling EA terdiri dari mereka2 yang..'cukuplah dengan apa yang ada'...'cukuplah dengan usaha nie'... 'Alhamdulillah, cukup sangat nie'.. padahal mereka2 nie dok mencatu gaji dari awal bulan sampailah ke hujungnya...
Bukanlah EA nie tak bersyukur dengan apa yang ada sekarang.. Alhamdulillah, sujud syukur sangat dengan perubahan hidup EA sepajang 10 tahun kebelakangan nie... berubah sangat..360 darjah bertukar.. bukan sekadar improve dari segi kewangan (gaji) tapi improve dari segi education, knowledge, confidence dan bermacam lagilah (tak larat nak cerita kat sini)..
Macamana hidup EA boleh berubah?
Kenapa mereka2 yang EA dah kawan lebih dari 10 tahun masih berada di kotak yang sama?
Apa bezanya EA dengan mereka?
EA rasa, sebab dari dulu lagi EA memang laparkan kejayaan dan kekayaan.. dilahirkan dalam keluarga yang biasa2 ajer tidak membataskan EA untuk terus kejar kejayaan. Perjalanan untuk sampai ke sini bukan perjalanan yang mudah... terlalu berliku..TAPI.. EA buktikan sesuatu kan?
Mengapa mereka2 masih tak mahu berganjak?
Mengapa mereka terlalu selesa? selesa sangatkah mereka?
Sampai bila?
Dan sampai bila EA harus teguh berdiri di sini yang dikelilingi oleh mereka2 ini?
** Kalau nak gagal..kawanlah dengan orang yang malas...
Janji EA pada diri EA untuk terus ke hadapan walau dengan apa jua cabaran...
merangkak, berjalan, jatuh.. bagun, jalan lagi..jatuh lagi, bangun lagi... jalan lagi...bila dah selesa berjalan kena mula berlari dan berlari dan berlari dan TERBANG...
Kalau EA sekadar berjalan, mereka dah EA tinggalkan ke belakang, bagaimana pula kalau EA berlari?
jauh mereka.. sangat jauh jadinya...
Persoalannya,
adakah EA lupa diri bila sudah berjaya?
adakah EA lupakan mereka bila sudah senang?
sedangkan mereka2 yang tidak mahu seiring dan meminta untuk ditinggalkan...
pentingkan dirikah EA?
EA bersyukur dengan apa yang ada
EA sayang kawan2 EA
EA tak tergamak nak tinggalkan mereka
EA nak mereka juga merubah hidup mereka
EA nak mereka kaya dan berjaya
EA sentiasa doakan mereka
Tapi dalam masa yang sama, EA tetap kena kotakan janji EA pada diri sendiri...
#Janji bukan untuk dimungkiri.
No comments:
Post a Comment