Wednesday, 23 July 2014

Acara Simple Tahunan Kami

Sabtu lepas bersamaan dengan 19 Julai 2014 EA dan SD berjumpa dengan our old friends. Apa yang EA nak ceritakan ialah, kami berempat nie dah lama sangat tak jumpa.. lama sangat dah...kalau tak silap ramadhan tahun lepas kami ter’skip’ acara tahunan kami nie...masing-masing sibuk macam apa jer tahun lepas tu kan.

Korang boleh tengok ahli-ahli majlis di bawah:

EA on the way nak jumpa ahli majlis,
nampak tak muka EA eksaited nak minta penampar..

Hah, nilah Kiah a.k.a Kiot.. dia nielah tua rumah kedaung
yang macam mak nenek tu


Nie Giah, yang sebelah kanan tau.. bukan yang sebelah kiri tu tau hehe,
yang kiri tulah Aqeelah... dua-dua cute kan.
Yang nie tak payah kenalkan dah lah.. 

Ok, actually kami berempat nie memang akan set satu hari yang tersangatlah free untuk semua orang untuk berbuka puasa  bersama, port...biasalah...rumah Kiah...setiap tahun pun memang port yang sama ehehe... So macam biasa kami akan bawa makanan, kira macam port luck gitu tapi tahun nie si Kiot dah warning “Korang jangan nak bawak makanan banyak-banyak sangat yea, bukannya habis pun nanti”... macam mak nenek kan hahaha... so EA dan SD bawak Puding Caramel jer, Giah bawak roti dan kuah durian...hmmphhh mabeles..

Kiot yang kononnya beria kata nak masak... hah!! Memang dia masak sungguh... dia masak nasi beriani dari Restoran Insaf... “ Ya Ampun... tak insaf lagi ke ko Kiah, mahal nie” Giah membebel... EA pandang SD.. SD pandang EA pastu kitorang makan jer tanpa perasaan nak insaf hahaha....

Perhimpunan kitorang nie...cehh ayat!!  bermula dari Giah nie belum ada anak lagi sampai la dia dah ada dua orang anak, Aqeelah dan Uqail... anak-anak si Giah nie memang cute Ya Rabbi... tapi kan, EA terlupa nak snap pic uhuk uhuk uhuk... eksaited sangat jumpa dorang and tengok makanan yang memang sangat insaf tu plus dengan masa yang singkat sangat dan ditambah dengan mata yang ada gam.. hurmm memang FAULT...
 
Sebelum jumpa tu, kami berempat nie doklah whatsapp tak henti-henti “weih, memang kena jumpa nie...banyak benda nak cerita”... “haah, banyak benda nak update nie”... tu semua perbualan dalam whatsapp la...bila dah jumpa... dah berbuka, dah kenyang... mata masing-masing dah ada batu sampai  tak boleh nak bukak hahahah...especially mata EA dan Kiot.. sungguhlah tak cool aishhh...

Puding Caramel yang EA dan SD bawak, beli dari lecturer BBA EA
Sedap giler!!

Anyway, thank a lot Kiah sponsore makan makanan insaf... tolong lah kau insaf lepas nie. Kuah durian kau memang mabeles Giah, masa kat umah Kiot tak larat dah nak makan, sampai jer umah sebelum tido aku melantak dulu kuah durian ko pastu tido dengan nyenyak sekali,  berdengkur sampai makcik umah depan pun boleh dengar hahah...

Alamak. lupa pulak nak bukak tudung periuk...korang tengok nasi
beriani dia terus rasa lapar sekarang


Nah!! kasi zoom sikit lauk-lauknya...yang dalam tupperware aiskrim tulah
kuah durian Giah lapar tak?

Ehh mana SD dalam cerita nie... alah, tak yah cite pasal SD la, asyik cite pasal dia jer... nanti korang muntah pulak hehe...

Dalam pukul 11 malam tu, ehh 11 lebih sikitlah... kitorang pun siap-siap nak balik dah... Kiah ada bekalkan dua beg baju terpakai, Giah bekalkan...berbeg-beg hahah.. actually sebelum tu Giah dah bagi berbeg-beg.. Sebelum jumpa dorang EA dan SD pegi amek barang terpakai dari Apit dan Sarah, so balik tu, kereta EA memang sangat penuh heheh...takpelah, rezeki untuk jualan amal kan weee...

Tak taulah bila pulak dapat jumpa korang lagi (tak termasuk SD, dah hari-hari tengok muka SD...loya dah hihi), so aku nak doakan korang sentiasa diberi kesihatan, ketenangan, ketabahan, keyakinan, kejayaan dan kemajuan di dalam menghadapi hidup yang penuh dengan pancaroba ini.. Ya Allah...ayat!!! motip lah sangat... ok, doa nie termasuk SD sekali eheh.. Sayang korang semua.. 


*Nota kaki, Kiah dan Kiot tu adalah orang yang sama...saja nak kasi korang pening ;P

No comments:

Post a Comment