Biasanya sehari sebelum jualan amal, kami iaitu EA & SD akan meletakkan tanda nama dan tanda harga pada setiap barang yang telah diberikan oleh tuan punya badan..
50% dari hasil jualan akan kami berikan pada tuan punya badan.
25% akan kami sumbangkan pada mereka-mereka yang memerlukan.
Lagi 25% ialah untuk cover kos kami seperti sewa tapak, belian plastik untuk mengisi barangan yang dijual, sticker untuk tanda nama dan sebagainya..
So harini dari pagi tadi kami berdua dok belek hasil pemberian serta menampal harga pada setiap barang.
Banyak jugak barang baru yang akan kami bawak besok, SD kata tadi "weih, ko rasa muat tak kereta dengan semua barang nie?".. Hah nampak tak, betapa banyak barang terpakai tetapi masih cantik & berkualiti yang akan kami bawak esok..
Barang-barang EA pun banyak yang akan EA lelong esok, actually dah banyak jugak barang EA dilelong sebelum nie memandangkan esok dah merupakan kali keempat kami menjalankan aktivitii nie.
Hah nie diantara kasut EA, baru lepas cuci..nampak macam baru kan hehe.. Dulu masa beli kasut crocs nie rasa macam nak meninggal dia punya mahal tapi esok EA nak lelong dengan harga RM5-RM10 jer. |
Baju kanak-kanak nie cantik lagi, branded jugak 'Baby Gap'.. Biasanya baju kanak-kanak nie memang laris.. |
So, sape yang free esok bolehlah cari kami di Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota... Jangan datang pukul 12 tengahari sebab kami akan ada di sana dari pukul 7 pagi sampai 11 pagi jer...
Datang cari kami ok... Sape yang tak datang tu... Rugi giler khinzir hehe...
Nota kecik: Btw, korang masih ingat sape SD tu kan *_*.
No comments:
Post a Comment