Korang pernah tak rasa menyesal lepas buat keputusan?
EA?...selalu...tu yang EA tak suka sebenarnya, keputusan perlu dibuat, kalau tak buat tak boleh...tapi bila dah buat rasa menyesal pulak...
Macam-macam jugaklah yang telah dikesalkan..dari perihal kerja, kewangan, persahabatan...kadang-kadang beli baju colour kuning, bila balik rumah rasa menyesal pulak..."napelah tadi tak beli colour merah jer", nampak tak penyesalan yang berlaku di dalam hidup EA nie.. sepatutnya masa nak buat keputusan tu EA kenalah pikir betul-betul kan??
so sekarang nie EA rasa dah masanya untuk EA berubah, ubah cara EA bertindak dan berpikir...
1. Sebelum buat keputusan, kena pikir masak-masak dulu.
2. Bila dah buat keputusan, jangan BERANI dah nak menyesal lagi.
3. Setiap keputusan yang diambil mesti ada risiko betul tak? so, EA kena siapkan mental dan fizikal untuk tanggung semua risiko yang akan datang selepas tu.
Perubahan bukan boleh berlaku dalam masa sehari, pelan-pelan asalkan ada perubahan....Jangan hangat-hangat najis ayam jer EA oiii hihihi...
Ok dah...bye...
No comments:
Post a Comment