Wednesday, 18 September 2013

Tempat Menarik di Perak

Assalamualaikum...

Ini mengisahkan tentang dua orang pelarian iaitu : aku (pemangsa) dan Sue (mangsa) hihihi..yang melarikan diri daripada Bandar Baru Bangi (Selangor) ke beberapa tempat yang menarik di Perak, diantaranya ialah : 
1. Taman Rekreasi Gunung Lang (Ipoh).
2. Menara Condong (Teluk Intan).
3. River Front (Teluk Intan).
4. Lumut Waterfront.

Okey, actually aku tak berniat nak cerita panjang-panjang pun just nak sajikan korang dengan gambar-gambar yang sempat aku snap sepanjang proses 'pelarian' kitorang tempoh hari.. Opsss!!! lupa.. Kejadian ini berlaku pada hari Rakyat Malaysia diberi cuti sempena menyambut Hari Malaysia yang ke 50 iaitu sepanjang 15 September - 16 September 2013.... Sila jangan muntah yea dengan gambar yang banyak nie =)... 


Aku merupakan driver sepanjang proses melarikan diri.


Ini pula driver untuk kembali ke pangkal jalan hihi



1. Taman Rekreasi Gunung Lang





Inilah mangsa yang aku maksudkan aka Sue.


Sila abaikan peha aku yang selambak tu.



Proses pembelian tiket...
tiket...tiket... 
Akhirnya berjaya mendapatkan tiket bot untuk ke seberang.

Makanan ikan nie kami beli dengan harga RM1 setiap bungkus.. Kenyanglah ikan pada hari tersebut sebab bukan kami berdua jer borong makanan ikan nie tapi ramai lagi
.
Inilah rupanya bot yang akan kami naiki.. 


Kepada sesape yang tak kenal kura-kura tu, marilah datang sini..







Sebenarnya takde apa pun dalam rumah nie, yang ada cumalah sebijik kipas.


Ini dinamakan proses menjamu sang ikan.

"Rezeki lebih aku hari nie "

2. Menara Condong, Teluk Intan. 


Nampak cam ada lapan tingkat kan? tapi sebenarnya ada tiga tingkat jer... tak caya...meh ler datang sini.

Tak salah baca jap untuk tambah pengetahuan am..ehh ehh silap..pengetahuan sejarah.

Dual Language..kepada sesapa yang tak paham Bahasa Melayu tu.



Isnin, TUTUP...





Bandar Teluk Intan agak sunyi pada hari kejadian.

Permandangan Menara Condong di waktu malam, pic agak kabur sebab aku snap sewaktu kereta sedang bergerak :p


3. River Front, Teluk Intan.



Pintu Gerbang, actually tak plan nak datang sini dan tempat nie agak menarik juga especially kepada parent yang nak bawa anak-anak ke taman.

Landskap dia pun agak menarik.

Aku dapat rasakan yang anak-anak sure gembira kalau dapat datang sini (walapun aku belum kawen) hihihi


Baru perasan rupanya tak banyak pic yang aku snap sepanjang dekat River Front nie, tempat nie boleh dianggap sebagai taman rekreasi untuk penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran, sepanjang aku di situ, ada beberapa pasangan pengantin baru yang sedang posing untuk outdoor pic kawen dorang dan tak kurang ramai jugak yang memancing. 


4. Lumut Waterfront.

Kalau korang nak cari souvenir, kat sinilah tempatnya, memandangkan 'pelarian' kami nie adalah tidak dirancang, jadi budget pun x berapa nak adalah kan, so kitorang belikan tidbits yabg dibuat daripada makanan laut untuk diberikan kepada kenalan rapat... Tapi kat sini gaklah aku sempat shopping baju-baju, adalah dalam 6-7 helai aku borong hihi.. Walaupun sebenarnya design dia boleh jer beli dekat Bangi... Tapi ntah... Mungkin rezeki penjual la kot =).. 










Sue teringin sangat nak pegi ke Pulau Pangkor, memandangkan kekangan masa yang dialami...kita postpone ajer la yea niat tu. 




Disebabkan aku dok kusyuk menyoping baju, aku lupa nak snap pic sekitar bazaar, banyak gak bazaar yang dibuka kat situ, cafe & tempat makan juga disediakan... Penat shopping boleh basahkan tekak dulu memandangkan duit dari wallet abis dah kena sedut kan... 

Inilah mangsa dan pemangsa di hari kejadian tersebut hehehe


Sekian entry aku untuk kali nie.

Assalamualaikum.  

No comments:

Post a Comment