Wednesday 14 January 2015

Bila Shimoon sembelit

Punyalah EA risau bila Shimoon sembelit, tidur pun asyik terjaga jer.

Ahad aritu EA dah bawak dia jumpa doktor selepas dua hari dia tak membuang. Layanan doktor memang sangat buat EA panas hati, tapi malas nak cerita kat sini.. nanti rasa tak best pulak, membawak mood yang tak best nie sampai ke petang pulak nanti huhhh!!!....



Berbalik cerita Shimoon tadi, nie dah kali kedua dia sembelit macam nie. First time aritu dia kena admit 2 hari dekat klinik, kesian dia. Kali nie, doktor yang malas tu kata tak perlu admit..oh by the way, aritu hantar Shimoon ke klinik lain, atas sebab-sebab yang tertentu, kali nie EA tak dapat nak hantar ke klinik yang sama macam aritu.

Kali nie, doktor masukkan sejenis ubat cecair ke dubur dia, meronta jugaklah dia masa tu, malam tu masih tak dapat membuang lagi. Semalam balik dari kerja EA mandikan Shimoon, urut-urut otot belakang dia tu. Bila dah keringkan dia, EA masukkan banyak air guna picagari dan bagi dia makan ubat.

Waktu sebelum EA tidur Shimoon masih belum berjaya membuang lagi... punyalah tak best perasaan EA time tu ishhh... Pukul 3.40 pagi EA terjaga, terdengar Shimoon mengerang and ternampak Shimoon terbuang depan pintu, dengan mata yang mamai-mamai tu EA mop and cuci dan masukkan Shimoon dalam kandang, sebab dalam kandang ada toiletkan, so senang sikit untuk shimoon.

Lepas tu EA tidur, tapi memang tak tenang sangatlah.. asyiklah terjaga. Pagi tadi bangun nak siap-siap pegi keje, Sue kata Shimoon dah membuang... Alhamdulillah, mesti Shimoon lega kan. So malam nie EA kena pantau dia lagi, nak paksa dia minum banyak air dan bagi makan ubat dan nak paksa Sue buatkan Shimoon air rebusan daging. Untuk pengetahuan korang (kalau ada yang bacalah), memang susah gila nak bagi dia makan ubat, dia punya cerdik, dia akan simpan dulu ubat tu dalam mulut, bila orang tak perasan barulah dia buang.. itu satu lagi cabaran.

Walauapapun, EA lega bila Shimoon lega hehe...



So, kalau ada kucing-kucing korang yang sembelit, apa yang korang boleh buat ialah :
1. Bagi si bulus minum banyak air
2. Urut-urut otot belakang dia
3. Stop kan dulu makanan keras dia (EA panggil kacang)
4. Bagi air rebusan ayam atau daging
5. Bagi makan ubat (pada yang dah bawah jumpa doktor)
6. Pujuk dia kasi dia tenang sikit, sebab dia pun sure sakit kan.

So, itu jerlah perkongsian EA kali nie, Alhamdulillah bila Shimoon dah ok.

Boleh juga baca entri Faktor yang menyebabkan kucing sembelit dan Tips Kucing Sembelit

No comments:

Post a Comment