Saturday 11 July 2015

Faktor yang menyebabkan kucing sembelit

Ini kali kedua Shimoon diserang sembelit, kesian pulak tengok dia tiada selera makan, minum pun kurang sangat. Tidur pun tak lena. Nampak dia lesu jer sob sob.

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan anak bulus anda sembelit:

1. Kekurangan Air
Sama sahaja seperti manusia, air di dalam badan perlulah cukup, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memudahkan sistem penghadaman. Kucing pun perlu minum air secukupnya especially di musim panas seperti sekrang. So pantau anak bulus anda. Jangan malas!

2. Makanan Yang Sesuai
Pernah dengar tak orang cakap "aku tak boleh minum tehlah, sembelit"?. Ehh bukanlah EA maksudkan disebabkan minum teh menyebabkan kucing sembelit. Ada ke kucing minum teh? mungkin ada jugalah kan, kucing-kucing EA memang tak pernah minum teh.
      Maksud EA, ada makanan yang kurang sesuai dimakan, bukan tak boleh dimakan tapi kurang sesuai, sama jugalah dengan kucing pun. Ada makanan yang mungkin tak sesuai dengan dia. Mungkin boleh tukar makanan lain atau berikan ikan rebus. Dan kalau boleh jangan tukar-tukar makanan sekiranya makanan yang dia biasa makan sebelum ini telah sesuai.

3. Usia.
Inilah faktor yang menyebabkan Shimoon sembelit. Umur dia 10 tahun.  Doktor kata sebab Shimoon telah tua dan ususnya sudah tidak kuat lagi. So kenalah ada supplement yang Shimoon kena makan consistently untuk bantu sistem penghadaman dia. Dan dalam masa yang sama air sentiasa kena cukup dan makan makanan yang sesuai.

Mungkin ada faktor lain yang pernah korang hadapi, share dengan EA yea.



Inilah Shimoon yang sudah berusia 10 tahun.
Layu jer muka dia bila sakit.



Juga boleh baca entri Bila Shimoon Sembelit dan Tips Untuk Kucing Sembelit.




No comments:

Post a Comment