Alhamdulillah
Alhamdulillah
Pagi tadi bangun sahur nampak Shimoon dah boleh membuang (baca berak).
Fuh! Lega betul. Beberapa hari nie EA dan Sue asyiklah risau, cemana nak raya kalau Shimoon still sembelit. Macam-macam kami buat, sebelum nie kami hantar Shimoon ke klinik, hampir dua minggu dia kena warded. Waktu Shimoon discharge aritu doktor adalah ajar serba sedikit cara mengubati sembelit Shimoon in case terjadi lagi. So kali nie kami decide nak cuba jadi doktor, kalau tak berjaya juga sampai selepas raya barulah kami akan hantar ke klinik.
Apa yang kami buat untuk mengubati sembelit Shimoon?
Korang baca entri nie sampai habis ok, manalah tau kan!!
Stok simpanan Shimoon si sembelit |
1. Minum Air
Kami sentiasa pastikan Shimoon minum air dengan secukupnya tapi Shimoon nie bila tak sihat selera makan dan minum langsung takde, jadi kami paksa suap dia dengan menggunakan picagari.
Kalau takde picagari, susah nak paksa dia minum |
2. Ikan Rebus
Biasanya Shimoon akan makan kibble brand Iam (untuk kucing tua). Kali nie kami kasi dia muka sikit, maklumlah dia tengah sakit kan. So kami rebus ikan tongkol. Ikan nie kami hancur-hancurkan dan lebihkan supnya. hmmm bukan main berselera dia makan.
3. Lactul Solution
Ini adalah sejenis ubat sembelit, ubat nie boleh dimakan oleh manusia juga. Di bawah nie contoh brand yang EA berikan pada Shimoon, banyak lagi brand lain sebenarnya, fungsi semuanya sama, kasi berak!!. Kalau masih tak yakin, boleh ke farmasi dan minta ubat sembelit. Jangan terperanjat pulak bila staff farmasi tanya untuk baby berapa bulan?, macam yang EA inform tadi, Lactul Solution boleh dimakan oleh kucing, baby, kanak-kanak mahupun orang tua, untuk korang pun boleh hew hew.
Untuk pengetahuan korang, Shimoon memang sangat susah makan ubat. Dia sangat banyak akal untuk buang balik ubat tu. So, kami gaulkan LS bersama ikan rebus. Mahu tak mahu Shimoon terpaksa juga makan sebab dia memang peminat tegar ikan, dah bosan makan kibble katanya tehee.
4. Prime Enema
Apa Prime Enema nie? bunyi dah macam Optimum Prime kan!!
Ini juga ubat yang EA gunakan untuk Shimoon, Kalau Lactul Solution untuk dimakan, PE pulak untuk dimasukkan kedalam dubur dia. Ini juga adegan yang paling susah untuk EA dan Sue lakukan, macam-macam akal dia, macam-macam juga cara kami untuk counter balik peel dia tu.. pheww. PE pun boleh dibeli di mana-mana farmasi. Fungsi PE nie adalah untuk lembikkan najis dia yang telah keras. Bila dah lembik, mudahlah sikit kerja-kerja menyah toksin :p
Dah habis guna kesemuanya, petang nanti nak kena top up stoklah nampaknya |
5. Labu
Selepas beberapa hari kami cuba cara di atas tapi masih tidak membuahkan hasil (keras dan degil sungguh najis si Shimoon nie), kami tambah strategi baru. Gaulkan ikan rebus tadi (#2) dan Lactul Solution (#3) bersama labu yang telah direbus (rebus sehingga lembik), lenyek-lenyekkan semuanya. Mula-mula nampak dia takde selera tapi selepas tu licin bekas makanan dia. Lega!!
Shimoon mula jatuh cinta pada labu dan ikan rebus |
Sekali lagi Alhamdulillah Shimoon dah boleh membuang, lega la sikit hati EA nak balik rumah ibu dan ayah raya nie. Sue pulak akan balik kampung malam nanti, safe journey Sue.
Stok ubat Shimoon yang sentiasa ada di rumah kami |
Boleh juga baca entri Bila Shimoon Sembelit dan Faktor yang menyebabkan kucing sembelit.
Korang dah ready ke?
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.
berapa lama EA bagi makan labu tu sampai dia boleh membuang?
ReplyDeleteAda tak sukatan lactul solution tu utk kucing?
ReplyDeleteTu la..nak tau sukatan lactul dgn enema tu..harap2 la bls..kucing tgh sembelit..ngiauu je lg td
ReplyDeleteBerapa kuantiti utk bg lactose tu
ReplyDeleteMay I know sukatan lactose tu. Thx
ReplyDeleteNak tanya ,kucing boleh ke makan ubat sebelit? ? Jadi dia terberak² ke nanti? ?
ReplyDeleteAlhamdulillah, terima kasih untuk tips.. Sy guna prime Enema kucing sy tak boleh berak terus jd boleh berak.td dah hntr kucing pergi ke klinik.doc tu check semua alhamdulillah doc kata oke takda apa masalah. Doc suruh bg susu segar campo gula sikit suruh kucing minum untuk perut dia.. Untuk perut dia katanya,yela dia baru elok dr sembelit
ReplyDeleteSusu segar mcm mana tu?di beli dlm kotak ke?
DeleteKucing sy mla tdk boleh kencing.. Kencing ny sikit² lpas bg ubat.. Skrg tak bleh berak pulak.. Labu yg dmsak dgn ikan tongkol 2 labu kuning ke?
ReplyDeleteMcm mana mau bg kucing berak dh bbpa hari sembelit,Dah bg jg mkn labu dgn ikan..tp dia msh belum berak juga..
ReplyDeleteBoleh sy tnyaa, prime enema tu guna brape kali sehari? Ke habiskan terus skali guna?
ReplyDeleteBoleh sy tnyaa, prime enema tu guna brape kali sehari? Ke habiskan terus skali guna?
ReplyDeleteAlhamdulillah... lps baca article ni mlm td saya terus beli lactul solution dan prime enema untuk baby kat farmasi. Lactul solution tu ada baca kat somewhere 0.5ml/ kg...Sempat bg 2x dan balik kerja hr ni sbb kucing x buang najis lagi... saya masukkan prime enema kat tmpt kluar najis dia...Dia mcm terkejut dan alhamdulillah terus kucing saya berak
ReplyDeletetaccoodd bethol
ReplyDeletetaccoodd bethol
ReplyDeleteMne ye nk cr PE tue
ReplyDeleteCam mana nak tahu kucing sembelit ye? Kucing saya dia buat aksi cam nak kencing tapi langsung tak kencing pun, then dia jilat2 anu dia. Nafas agak sedikit laju. Kucing saya jantan
ReplyDeleteItu sembelit saya rasa sbb kucing saya pun macam tu,masih cuba bagi dia ubat ni
DeletePrime enema tu yg mmg yg utk haiwan@manusia?
ReplyDelete