Friday 10 July 2015

5 Perkara Yang Wanita Malas Lakukan Sendiri

Frust betul bila servis di spa tadi sangat tidak memuaskan hati. Al-kisahnya tadi EA ke spa untuk mendapatkan service facial, dah bertahun juga EA menjadi pelanggan mereka cuma mereka kerap bertukar pekerja dan servis adakalanya tak standard tapi sebelum nie ok jer untuk EA. Malangnya tadi EA diberi layanan yang sangat tak best, mungkin staff baru. Tapi korang jangan tanya spa yang mana, tak seronok pulak EA nak share. Selepas complaint tadi, EA harap tiada pelanggan lain yang mengalami nasib yang sama. Mungkinkah EA akan pergi lagi ke spa tersebut?. Mungkin juga. EA rasa nak bagi peluang lagi pada mereka. Lepas complaint tadi, terus EA jalan hentak-hentak kaki :P.

Okey, apa dia lima perkara yang wanita biasnya malas buat sendiri?

Perkara Pertama : Facial

Sedapnya kalau ada orang massage muka kita

Sebab malaslah EA ke spa tadi. Tapi ada juga yang rajin buat facial sendiri especially wanita yang sangat cerewet tehee. Tapi EA lebih senang pergi spa, baring dan tidur dan berdengkur. Biarlah dorang nak operate apa pun. Tau-tau dah siap. Tapi tadi apa yang EA tak puas hati bila rasa dorang macam tak buat apa-apa pun, sekadar basuh muka picit jerawat seketul dua padahal jerawat EA bukan main punya banyak nie dan tetiba dah pakai mask. Mask nie untuk acara penutup dah. Bila dah siap semua EA tengok jam, apa!!! sejam jer kau service aku?? sebab biasanya paling cepat pun 2 jam EA akan tido dekat sana, adoiii tak cukup tidolah nampaknya tadi, sendu betul.

Perkara Kedua : Hair Wash

Rindu nak pegi salon
Hah!! nielah aktiviti yang EA paling suka buat dulu sebelum EA berhijab, boleh dikatakan seminggu sekali mesti singgah salon. Asyik doh bila dorang shampoo plus massage kepala kite, rasa hilang sekejap stress dan penat. Lagi best bila dorang massage sampai tengkok, fuhh best betul. Tapi sekrang EA dah jarang ke salon, selain daripada kekangan masa EA juga lebih fussy memilih salon yang sesuai. Salon mesti salon muslimah, tak boleh campur!! dan nak muslim jer yang service dan semua di atas susah nak jumpa yang boleh memenuhi kepuasan EA. 

Perkara Ketiga : Medicure dan Pedicure

Pedicure kaki masam tehee
Medicure untuk tangan manakala pedicure untuk kaki. Perkara yang nie EA tak berapa rajin sangat nak buat di spa, memang jarang sangatlah singgah ke spa untuk dapatkan servis nie.. kalau buat pun adalah dalam dua hingga tiga kali jer setahun, sebab tulah kuku EA buruk kekeke.. potong kuku pun malas cemana nak medicure dan pedicure tehee. Tapi kawan-kawan EA ramai yang rajin, cantik jer kuku dorang, selepas buffer (seperti gambar di atas) kuku akan jadi kilat dan licin. Selain daripada potong dan kilatkan kuku, tangan dan kaki kita akan di scrub dan diurut. best kan!!.

Perkara Keempat : Massage
Pergi Thailand nanti singgah massage adalah WAJIB!!
Fuhh!! kalau dapat orang yang pandai massage, mesti kita akan terlelap dan pasti kita akan datang lagi ke tempat tu berkali-kali. Yang nie EA suka, macam-macam jenis massage EA dah pernah cuba. Urut Tradisional la, Urut Thai la, Urut China la, Urut Batu la, semua EA cuba. Asal dengar ada urutan baru, mesti nak cuba. Tapi kalau korang pegi Thailand, jangan lepaskan peluang singgah urut dekat sana. dahlah best, murah pulak tu. EA pernah diurut dengan harga RM35 sahaja sedangkan servis yang sama di sini EA perlu bayar RM250. Murah giler kan harga dorang. Tapi korang kena alert juga yea sebab biasanya yang mengurut di sana ialah pondan, unless korang tak kisah :) . Tapi EA kesah tehee.

Perkara Kelima : Body Waxing

Silap gaya, sakit oiii.

Dah lama kot EA tak pergi spa untuk body waxing, buat sendiri jerla kat rumah. Dulu selalu buat kat area KL tapi sekarang nie dah jarang-jarang sangat pegi KL. Kat Bangi dan Kajang nie susahlah nak jumpa servis body waxing nie. Kalau korang tau area sini ada servis body waxing, tolonglah kasitau. Dah lama sangat tak buat nie. menggerutu dah satu badan hewhew.

Apa perkara lain yang korang malas buat sendiri selain daripada lima perkara di atas? Sharelah, manatau EA boleh cuba juga.

No comments:

Post a Comment