Friday 31 July 2015

Kawan, tolonglah!!

Bila kawan susah, mesti nak tolong. Kalau tak tolong, rasa bersalah pulak, rasa bersalah nie bukan sehari dua tapi kadang-kadang makan tahun, silap-silap makan diri hew hew.

Tapi bila korang nak tolong kawan-kawan yang susah, pernah tak simpan perasaan macam nie....
'takpelah, hari nie dia susah kita tolong, esok lusa kita susah dia pulak yang tolong' ?... mesti pernah kan...

Tapi macamana pulak bila korang susah dia tak tolong?, silap-silap haribulan dia tak mengaku kawan, tak sentap gitu...

EA ada jer kawan-kawan yang peel gini. Dulu selalu pikir, 'sekarang bila dia susah aku ingat dia esok lusa bila aku susah insha allah dia akan ingat aku'.. Tapi ada jer kawan EA yang bukan sekadar lupa EA, diri sendiri pun dia lupa... Lupa diri betul!!!...

EA rasa niat tu nak kena betulkan. Kalau EA masih berfikiran macam nie, maksudnya EA sentiasa mengharapkan balasan di atas pertolongan yang pernah EA bagi dulu, setuju?. bila dah mengharapkan balasan, tapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan, tak pasal-pasal kite pulak yang stress...kan?

So, peringatan untuk EA;
1. Kalau nak tolong orang, jangan harapkan balasan. 
2. Kalau rasa selepas tolong boleh timbulnya ungkit-ungkitan, lebih baik fikir semula..patut ke tolong.
3. Tolong mana yang mampu.
4. Ikhlas
5. Ikhlas
6. Ikhlas
7. Redha
8. Redha

Itu jer lah kot untuk entri nie.


Saturday 25 July 2015

Bila nak kawen?

Bila nak kawen?
Bila nak kawen?

Selalu ke korang yang bujang tu dapat soalan nie?
Sendu jer kan bila dapat soalan nie hew hew

Orang kata jodoh kena usaha..
Nak usaha cemana wehhh???
Cemana??
Cemana??

Apa kata yang dok kata kena usaha tu tolong kasi pencerahan sikit, nak usaha cemana? 

Yang dok tanya-tanya bila nak kawen tu pulak apa kata tolong doakan kami-kami yang masih bujang nie. Cepatlah sikit korang dapat makan nasi minyak nanti keh keh keh

Yang selalu sentap bila dapat soalan nie, tak payah sentap sangatlah, buat dek jer.. Tak payah stress-stress kan diri, insha allah, adalah jodoh kite nanti.. 

Doa weh
Doa
Jangan lupa

Friday 24 July 2015

Selamat Hari raya Aidilfitri

Assalamualaikum..

Sekejap jer dah Syawal ke 8. Jalan raya pun dah kembali padat.
Raya EA sama jer macam tahun-tahun sebelumnya, tahun nie beraya di KL. Raya dekat KL nie excitement dia takdelah macam orang-orang yang beraya di kampung tu... semangat dorang sure lain macam masa menyambut raya tu kan.

Malam raya kami disajikan dengan letupan bunga api... warna warni memancar ke dinding rumah kami. EA ingatkan bila ada GST nie, bunga api pun tak berbunyi rupanya sangkaan EA meleset sama sekali tehee.

oh yea, tahun nie yang lain raya EA ialah bila EA kipnap ibu dan ayah balik ke Bangi. Malam raya pertama dah balik Bangi, Nuar dan Abang pun ikut sekali. So kali nie kerja EA sepanjang raya masak dan masak dan masak, buruk lantak family EA nie!!.

Raya kedua Ateh sekeluarga pula datang beraya ke Bangi, biasanya mereka beraya di Setapak tapi memandangkan ibu dan ayah ada di Bangi, maka destinasi raya mereka juga turut ke Bangi... masak lagi!!!... Family Ateh yang datang hampir sepuluh orang, dengan rumah EA yang sekangkang kera tu, haruslah EA bersilat masak sorang-sorang dekat dapur tu. Nasib baik ada ayah tolong-tolong buatkan air. Malam tu ooi pulak datang Bangi, jadi raya tahun nie rumah EA di Bangi agak meriah dan padat hew hew.

Raya ketiga ayah dan ibu nak balik Setapak dah, malam tu terus rasa boring duduk umah sorang-sorang. Sue pulak belum balik dari kampung, Yong pulak keje shift malam. sendu jer malam tu haishhh.

Raya keempat, Sue dah pun balik Bangi pagi tu dan belah petangnya kami mendapat jemputan beraya ke Puchong. Sampai Puchong, makan-makan.. borak-borak.. perut pun dah kembung kekenyangan, jalan pun dah tak larat tehee.... 

Ehh esok pun kami dapat jemputan beraya ke Puncak Alam, kali nie beraya dengan team Langkawi, lokasi kali nie umah Giah, first time kami nak ke sana semenjak Giah berpindah. EA plan nak bawak Puding Caramel la, boleh buat pencuci mulut sambil-sambil borak esok. barulah manis dan padu jer isi perbulan kami esok nie tehee... Harap-harap Timah pun dapat join esok, lama sangat dah tak jumpa dia. 

Raya EA memang agak boring. Raya korang cemana?

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Manalah tau kalau-kalau korang tersentap dalam diam

Wednesday 15 July 2015

Tips Untuk Kucing Sembelit

Alhamdulillah
Alhamdulillah

Pagi tadi bangun sahur nampak Shimoon dah boleh membuang (baca berak).
Fuh! Lega betul. Beberapa hari nie EA dan Sue asyiklah risau, cemana nak raya kalau Shimoon still sembelit. Macam-macam kami buat, sebelum nie kami hantar Shimoon ke klinik, hampir dua minggu dia kena warded. Waktu Shimoon discharge aritu doktor adalah ajar serba sedikit cara mengubati sembelit Shimoon in case terjadi lagi. So kali nie kami decide nak cuba jadi doktor, kalau tak berjaya juga sampai selepas raya barulah kami akan hantar ke klinik. 

Apa yang kami buat untuk mengubati sembelit Shimoon? 
Korang baca entri nie sampai habis ok, manalah tau kan!!


        
                                    Stok simpanan Shimoon si sembelit

1. Minum Air 
Kami sentiasa pastikan Shimoon minum air dengan secukupnya tapi Shimoon nie bila tak sihat selera makan dan minum langsung takde, jadi kami paksa suap dia dengan menggunakan picagari.
Kalau takde picagari, susah nak paksa dia minum
                                  
2. Ikan Rebus
Biasanya Shimoon akan makan kibble brand Iam (untuk kucing tua). Kali nie kami kasi dia muka sikit, maklumlah dia tengah sakit kan. So kami rebus ikan tongkol. Ikan nie kami hancur-hancurkan dan lebihkan supnya. hmmm bukan main berselera dia makan.

3. Lactul Solution 
Ini adalah sejenis ubat sembelit, ubat nie boleh dimakan oleh manusia juga. Di bawah nie contoh brand yang EA berikan pada Shimoon, banyak lagi brand lain sebenarnya, fungsi semuanya sama, kasi berak!!. Kalau masih tak yakin, boleh ke farmasi dan minta ubat sembelit. Jangan terperanjat pulak bila staff farmasi tanya untuk baby berapa bulan?, macam yang EA inform tadi, Lactul Solution boleh dimakan oleh kucing, baby, kanak-kanak mahupun orang tua, untuk korang pun boleh hew hew. 

Untuk pengetahuan korang, Shimoon memang sangat susah makan ubat. Dia sangat banyak akal untuk buang balik ubat tu. So, kami gaulkan LS bersama ikan rebus. Mahu tak mahu Shimoon terpaksa juga makan sebab dia memang peminat tegar ikan, dah bosan makan kibble katanya tehee.
                    

4. Prime Enema
Apa Prime Enema nie? bunyi dah macam Optimum Prime kan!!
Ini juga ubat yang EA gunakan untuk Shimoon, Kalau Lactul Solution untuk dimakan, PE pulak untuk dimasukkan kedalam dubur dia. Ini juga adegan yang paling susah untuk EA dan Sue lakukan, macam-macam akal dia, macam-macam juga cara kami untuk counter balik peel dia tu.. pheww. PE pun boleh dibeli di mana-mana farmasi. Fungsi PE nie adalah untuk lembikkan najis dia yang telah keras. Bila dah lembik, mudahlah sikit kerja-kerja menyah toksin :p

Dah habis guna kesemuanya,
petang nanti nak kena top up stoklah nampaknya

5. Labu 
Selepas beberapa hari kami cuba cara di atas tapi masih tidak membuahkan hasil (keras dan degil sungguh najis si Shimoon nie), kami tambah strategi baru. Gaulkan ikan rebus tadi (#2) dan Lactul Solution (#3) bersama labu yang telah direbus (rebus sehingga lembik), lenyek-lenyekkan semuanya. Mula-mula nampak dia takde selera tapi selepas tu licin bekas makanan dia. Lega!!


                               
                                           Shimoon mula jatuh cinta pada labu dan ikan rebus
                            
Sekali lagi Alhamdulillah Shimoon dah boleh membuang, lega la sikit hati EA nak balik rumah ibu dan ayah raya nie. Sue pulak akan balik kampung malam nanti, safe journey Sue. 


Stok ubat Shimoon yang sentiasa ada di rumah kami
                             


Tinggal sehari jer lagi nak raya,
Korang dah ready ke?
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.



Saturday 11 July 2015

Faktor yang menyebabkan kucing sembelit

Ini kali kedua Shimoon diserang sembelit, kesian pulak tengok dia tiada selera makan, minum pun kurang sangat. Tidur pun tak lena. Nampak dia lesu jer sob sob.

Beberapa faktor yang boleh menyebabkan anak bulus anda sembelit:

1. Kekurangan Air
Sama sahaja seperti manusia, air di dalam badan perlulah cukup, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk memudahkan sistem penghadaman. Kucing pun perlu minum air secukupnya especially di musim panas seperti sekrang. So pantau anak bulus anda. Jangan malas!

2. Makanan Yang Sesuai
Pernah dengar tak orang cakap "aku tak boleh minum tehlah, sembelit"?. Ehh bukanlah EA maksudkan disebabkan minum teh menyebabkan kucing sembelit. Ada ke kucing minum teh? mungkin ada jugalah kan, kucing-kucing EA memang tak pernah minum teh.
      Maksud EA, ada makanan yang kurang sesuai dimakan, bukan tak boleh dimakan tapi kurang sesuai, sama jugalah dengan kucing pun. Ada makanan yang mungkin tak sesuai dengan dia. Mungkin boleh tukar makanan lain atau berikan ikan rebus. Dan kalau boleh jangan tukar-tukar makanan sekiranya makanan yang dia biasa makan sebelum ini telah sesuai.

3. Usia.
Inilah faktor yang menyebabkan Shimoon sembelit. Umur dia 10 tahun.  Doktor kata sebab Shimoon telah tua dan ususnya sudah tidak kuat lagi. So kenalah ada supplement yang Shimoon kena makan consistently untuk bantu sistem penghadaman dia. Dan dalam masa yang sama air sentiasa kena cukup dan makan makanan yang sesuai.

Mungkin ada faktor lain yang pernah korang hadapi, share dengan EA yea.



Inilah Shimoon yang sudah berusia 10 tahun.
Layu jer muka dia bila sakit.



Juga boleh baca entri Bila Shimoon Sembelit dan Tips Untuk Kucing Sembelit.




Friday 10 July 2015

5 Perkara Yang Wanita Malas Lakukan Sendiri

Frust betul bila servis di spa tadi sangat tidak memuaskan hati. Al-kisahnya tadi EA ke spa untuk mendapatkan service facial, dah bertahun juga EA menjadi pelanggan mereka cuma mereka kerap bertukar pekerja dan servis adakalanya tak standard tapi sebelum nie ok jer untuk EA. Malangnya tadi EA diberi layanan yang sangat tak best, mungkin staff baru. Tapi korang jangan tanya spa yang mana, tak seronok pulak EA nak share. Selepas complaint tadi, EA harap tiada pelanggan lain yang mengalami nasib yang sama. Mungkinkah EA akan pergi lagi ke spa tersebut?. Mungkin juga. EA rasa nak bagi peluang lagi pada mereka. Lepas complaint tadi, terus EA jalan hentak-hentak kaki :P.

Okey, apa dia lima perkara yang wanita biasnya malas buat sendiri?

Perkara Pertama : Facial

Sedapnya kalau ada orang massage muka kita

Sebab malaslah EA ke spa tadi. Tapi ada juga yang rajin buat facial sendiri especially wanita yang sangat cerewet tehee. Tapi EA lebih senang pergi spa, baring dan tidur dan berdengkur. Biarlah dorang nak operate apa pun. Tau-tau dah siap. Tapi tadi apa yang EA tak puas hati bila rasa dorang macam tak buat apa-apa pun, sekadar basuh muka picit jerawat seketul dua padahal jerawat EA bukan main punya banyak nie dan tetiba dah pakai mask. Mask nie untuk acara penutup dah. Bila dah siap semua EA tengok jam, apa!!! sejam jer kau service aku?? sebab biasanya paling cepat pun 2 jam EA akan tido dekat sana, adoiii tak cukup tidolah nampaknya tadi, sendu betul.

Perkara Kedua : Hair Wash

Rindu nak pegi salon
Hah!! nielah aktiviti yang EA paling suka buat dulu sebelum EA berhijab, boleh dikatakan seminggu sekali mesti singgah salon. Asyik doh bila dorang shampoo plus massage kepala kite, rasa hilang sekejap stress dan penat. Lagi best bila dorang massage sampai tengkok, fuhh best betul. Tapi sekrang EA dah jarang ke salon, selain daripada kekangan masa EA juga lebih fussy memilih salon yang sesuai. Salon mesti salon muslimah, tak boleh campur!! dan nak muslim jer yang service dan semua di atas susah nak jumpa yang boleh memenuhi kepuasan EA. 

Perkara Ketiga : Medicure dan Pedicure

Pedicure kaki masam tehee
Medicure untuk tangan manakala pedicure untuk kaki. Perkara yang nie EA tak berapa rajin sangat nak buat di spa, memang jarang sangatlah singgah ke spa untuk dapatkan servis nie.. kalau buat pun adalah dalam dua hingga tiga kali jer setahun, sebab tulah kuku EA buruk kekeke.. potong kuku pun malas cemana nak medicure dan pedicure tehee. Tapi kawan-kawan EA ramai yang rajin, cantik jer kuku dorang, selepas buffer (seperti gambar di atas) kuku akan jadi kilat dan licin. Selain daripada potong dan kilatkan kuku, tangan dan kaki kita akan di scrub dan diurut. best kan!!.

Perkara Keempat : Massage
Pergi Thailand nanti singgah massage adalah WAJIB!!
Fuhh!! kalau dapat orang yang pandai massage, mesti kita akan terlelap dan pasti kita akan datang lagi ke tempat tu berkali-kali. Yang nie EA suka, macam-macam jenis massage EA dah pernah cuba. Urut Tradisional la, Urut Thai la, Urut China la, Urut Batu la, semua EA cuba. Asal dengar ada urutan baru, mesti nak cuba. Tapi kalau korang pegi Thailand, jangan lepaskan peluang singgah urut dekat sana. dahlah best, murah pulak tu. EA pernah diurut dengan harga RM35 sahaja sedangkan servis yang sama di sini EA perlu bayar RM250. Murah giler kan harga dorang. Tapi korang kena alert juga yea sebab biasanya yang mengurut di sana ialah pondan, unless korang tak kisah :) . Tapi EA kesah tehee.

Perkara Kelima : Body Waxing

Silap gaya, sakit oiii.

Dah lama kot EA tak pergi spa untuk body waxing, buat sendiri jerla kat rumah. Dulu selalu buat kat area KL tapi sekarang nie dah jarang-jarang sangat pegi KL. Kat Bangi dan Kajang nie susahlah nak jumpa servis body waxing nie. Kalau korang tau area sini ada servis body waxing, tolonglah kasitau. Dah lama sangat tak buat nie. menggerutu dah satu badan hewhew.

Apa perkara lain yang korang malas buat sendiri selain daripada lima perkara di atas? Sharelah, manatau EA boleh cuba juga.

Thursday 9 July 2015

Bakat tidak mengenal siapa

Bakat tidak pernah mengenal rupa, tidak pernah mengenal siapa.
Caliph Buskers hanyalah insan yang tidak sempurna tetapi bakat yang dianugerahkan kepada mereka tidak boleh disangkal sesiapa. Suara yang sangat lunak, keyakinan yang tinggi belum tentu ada pada insan yang sempurna.

Sue cukup suka lagu nie, setiap pagi memang hotfm akan mainkan lagu nie waktu kami on the way ke office. Bila dengar jer intro lagu nie terus EA dipaksa diam dan dia terus melayan dunia sendiri.. ceh.

Tapi lagu nie dia punya semangat memang lain macam, korang cuba dengar, cuba layan dan hayati lirik. Semoga meresap ke benak korang.


Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia

Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut

Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Korang dapat tak rasa semangat yang lain macam tu?

Sunday 5 July 2015

Kiah & Giah in the house

Sekejap jer dah 18 hari kita berpuasa. Tak sampai dua minggu sahaja lagi umat islam akan bergembira menyambut raya. Kejap jer kan!!.

Iftar EA tahun nie sama jer seperti tahun-tahun sebelum cuma yang bezanya tahun nie EA lebih selesa berbuka di rumah sahaja, masak apa yang ada. Selalunya Sue yang masak, EA tukang makan tehee.. 

Rasa kurang selesa pulak nak berbuka di luar, terkejar-kejar kan. Kalau dekat rumah boleh ambil masa sendiri, lepas makan sebelum solat tu nak terbaring dulu ke, nak basuh baju ke, nak buat apa ke pun takde masalah. Tak rushing.

Param pun EA jarang pegi, setakat nie adalah sekali dua pegi, tu pun dah lupa diri beli macam-macam. Balik rumah terus macam, huh!!! Banyak-banyak nie sape yang nak habiskan, bazir jer. So sebab tulah malas nak pegi param dah. 



Yang menariknya bulan puasa nie sebab kami geng langkawi akan berkumpul. Rasanya dah lebih daripada lima tahun aktiviti nie kami lakukan dan tak pernah missed rasanya setakat nie.

Kami berempat memang jarang jumpa, masing-masing bz kan, selalu bila nak jumpa ada jer halangan yang tiba tapi bila plan bulan puasa tak pernah pulak tak berjaya.

Tahun nie turn iftar di rumah EA & Sue, first time Kiah & Giah datang umah kami di Bangi. Akhirnya sampai jugak dorang ke rumah buruk kami nie. 

Makanan simple jer, Sue yang masak dan kami belikan kek untuk Kiah sempena birthday dia yang baru lepas June aritu. 

So, cemana puasa korang tahun nie?