Sunday 5 July 2015

Kiah & Giah in the house

Sekejap jer dah 18 hari kita berpuasa. Tak sampai dua minggu sahaja lagi umat islam akan bergembira menyambut raya. Kejap jer kan!!.

Iftar EA tahun nie sama jer seperti tahun-tahun sebelum cuma yang bezanya tahun nie EA lebih selesa berbuka di rumah sahaja, masak apa yang ada. Selalunya Sue yang masak, EA tukang makan tehee.. 

Rasa kurang selesa pulak nak berbuka di luar, terkejar-kejar kan. Kalau dekat rumah boleh ambil masa sendiri, lepas makan sebelum solat tu nak terbaring dulu ke, nak basuh baju ke, nak buat apa ke pun takde masalah. Tak rushing.

Param pun EA jarang pegi, setakat nie adalah sekali dua pegi, tu pun dah lupa diri beli macam-macam. Balik rumah terus macam, huh!!! Banyak-banyak nie sape yang nak habiskan, bazir jer. So sebab tulah malas nak pegi param dah. 



Yang menariknya bulan puasa nie sebab kami geng langkawi akan berkumpul. Rasanya dah lebih daripada lima tahun aktiviti nie kami lakukan dan tak pernah missed rasanya setakat nie.

Kami berempat memang jarang jumpa, masing-masing bz kan, selalu bila nak jumpa ada jer halangan yang tiba tapi bila plan bulan puasa tak pernah pulak tak berjaya.

Tahun nie turn iftar di rumah EA & Sue, first time Kiah & Giah datang umah kami di Bangi. Akhirnya sampai jugak dorang ke rumah buruk kami nie. 

Makanan simple jer, Sue yang masak dan kami belikan kek untuk Kiah sempena birthday dia yang baru lepas June aritu. 

So, cemana puasa korang tahun nie? 

No comments:

Post a Comment