Tuesday 21 April 2015

EA di Gym - DAY 1

Assalamualaikum..

Berkarat blog nie
Lama sangat dah takde entry yang hendak dikongsi.

Apa cerita gym?

Petang tadi merupakan hari pertama EA selepas 2 kali daftar gym dan hangat-hangat tahi ayam.. Dua kali daftar, bayar, datang seminggu lepas tu lenyap.. Kiranya kali nie ialah kali ketiga.. Harap-harap kali nie menjadi.

Apa yang bestny dia hari pertama nie?
Yang sangat best ialah tapak kasut EA tertanggal... Uwaaa.. Malu!!!.. Habis jer sesi pertama tadi terus EA ke Al-Ikhsan dan rembat satu kasut.. Memandangkan badan dah penat, hari pun dah malam pilihan mengikut bajet EA pun tak banyak, grab jer la mana yang ada.. Sekali rembat striking kau teehee.. 


Tu lah kasut EA, harap-harap kali nie  bersenam boleh menjadi hobi EA, hari-hari nak kena g jugak gym tu.. Sebab dah bayar untuk tiga bulan dan takdelah kasut baru yang striking nie terperuk jer tanpa diusik. So far badan rasa ok cuma kaki sakit macam nak tercabut oooiii... 

Oklah, nak dekat 1 pagi... Nak tidur dah, esok kena keluar awal nak hantar shawl pada Yong.. Ada apa dengan shawl?,next  entri la EA share ok.

Nite
Muah ciked

-Eyna Ahmad

No comments:

Post a Comment