Monday 29 June 2015

Kenangan di bulan Ramadan

Apa kenangan korang?

Banyak wehh kalau nak cerita kenangan di bulan Ramadan nie, kenangan paling champion masa zaman kanak-kanak la.. Sape setuju, kite geng. 

Masa zaman kanak-kanak EA menetap di Bandar Tun Razak, Cheras. Ramai kot kawan-kawan masa zaman nie, boleh dikatakan satu lorong tu lah kawan EA, tu tak termasuk kawan-kawan dari lorong yang lain.

Rasa macam happy jer zaman tu, yang paling happy bila bulan puasa la, lagi bertambah happy bila nak dekat-dekat raya. 

Setiap hari selepas berbuka ada jer agenda kami. Salah satu agenda wajib ialah terawikh.. "Malam nie pegi surau belakang nak?", "tak naklah, malam nie terawikh kat masjid tasik la, esok baru surau belakang".. "Ha, oklah".. Macamtulah kami susun jadual terawikh kami, padahal bukan nak terawikh sangat pun, kami suka berkumpul dan jumpa kawan-kawan dekat surau dan masjid tu, lepas abes terawikh, more la pulak kan.. Part nie budak-budak lelaki yang terlebih suka.

Selepas terawikh agenda diteruskan lagi dengan aktiviti memanaskan badan, sebab tulah dulu EA slim tehee, kami akan bermain badminton atau galah panjang, lumba lari, bola chop, bola tin, tutup tin, batu seremban atau sekadar duduk bersembang sebelum dipanggil oleh parent masing-masing yang nakkan kami tido, yelah.. Esok sekolah kan. EA pula akan dipanggil oleh arwah nenek EA (EA panggil mak), dialah yang besarkan EA. 

Itulah agenda kami sepanjang bulan puasa setiap tahun, seminggu terakhir puasa agenda berubah sikit.. Masa nie masing-masing dah sibuk dengan persiapan raya. Kasut rayalah, baju rayalah, kuih rayalah. 

Rindunya zaman nie, rindu kawan-kawan yang membesar sezaman dengan EA. Bila dah besar dan dah pindah, dah tak jumpa dorang lagi dah.. Kadang-kadang jer tegur-tegur dorang dalam Facebook. 

Rindu weh kat korang Ita, Noya, Siti, Wahida, Deknor, Chaim, Adik, ,Li, Iwan, Omey, Sina... Ehhh ramai lagilah, tak muat kalau taip semua.. 

Selamat Berpuasa.

No comments:

Post a Comment