Thursday 2 July 2015

Dark Places - Walaupun Charlize Theron berpakaian comot tetapi dia tetap kelihatan cantik.

Sape yang suka tengok movie, kite geng.


Sepanjang zaman sekolah, EA memang tak berapa minat nak tengok tv inikan pulak movie. Seingat EA sekali jer EA pernah tengok movie zaman tu, itu pun sebab Kak Huda belanja.. pstt..pstt masa tu dia nak pergi dating, so dia hangkutnya kami sekali EA dan Ainun. Ainun nie adik Kak Huda dan best friend EA masa zaman sekolah dulu.

Tapi bila dah agak dewasa nie, tiba-tiba jadi movie freak pulak. Rasa tak senang kalau tertinggal mana-mana movie. Hantu wayang mana ntah yang dah sampuk EA. 

Dark Places, 
Ok, cerita nie mengisahkan seorang wanita (Libby Day) yang trauma diatas kematian ahli keluarganya. Pada satu malam emak dan dua orang kakaknya telah dibunuh dengan kejam. Sedari kecil Libby sentiasa hidup di dalam memori pahit dan bayang-bayang tersebut. Yang terselamat daripada pembunuhan tersebut hanyalah Libby dan abangnya Ben, malangnya dia telah menuduh abangnya yang dipercayai pada zaman remajanya terlibat dengan kumpulan pemujaan syaitan yang telah melakukan pembunuhan tersebut. Siasatan demi siasatan telah dibuat selama 28 tahun dan akhirnya Ben didapati tidak bersalah.

Charlize Theron nie pakai apa pun cantik jer. 


Siapa yang suka tengok cerita CSI, mungkin akan suka tengok movie nie. Suspen, perasaan ingin tahu yang tinggi, tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Walaupun ianya membuatkan EA sentiasa tersilap teka siapakah pembunuh yang sebenarnya tapi plot yang agak slow membuatkan EA rasa cerita ini hanya layak mendapat 2.5 bintang sahaja. 

Siapa yang nak tengok cerita santai tetapi tidak begitu ringan, boleh layan cerita nie. 




No comments:

Post a Comment